23 Mei, 2010

Kejohanan 12th Asian School Tenpin Bowling




Buat julung kalinya Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah kepada Kejohanan 12th Asian School Tenpin Bowling pada 5 hingga 12 Julai 2010 bertempat di Mega Lanes, Endah Parade, Seri Petaling Kuala Lumpur.

Persatuan Tenpin Bowling Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur(KLTBA) telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan kejohanan bertaraf Asia ini. Pada tahun lepas kejohanan ini telah dihoskan oleh Hong Kong dan tahun ini giliran Malaysia untuk menjadi penganjur.

Sebanyak 10 negara termasuk Malaysia telah mengesahkan penyertaan yang melibatkan 30 buah pasukan dan ianya merupakan penyertaan yang terbesar sejak tahun 2000. Negara yang menyertai adalah Australia, Kuwait, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Thailand, Singapura dan Malaysia.

Setiap pasukan terdiri dari 2 pemain lelaki dan 2 pemain perempuan. Kelayakan had umur adalah maksimum 18 tahun dan mestilah seorang pelajar yang masih bersekolah atau di pusat pengajian.

Tiada ulasan: