14 November, 2010

Herba Penawar Penyakit



PENGENALAN
Boerhavia diffusa adalah merupakan tumbuhan yang berbunga dikenali juga sebagai tar vine, punarnava yang bermaksud ‘memperbaiki’ atau ‘memperbaharui tubuh badan’. Ia biasanya diambil sebagai perubatan herba untuk melegakan kesakitan dan juga untuk tujuan lain. Ia juga disebut pokok labah-labah kerana tabiat tumbuhan ini yang menjalar di permukaan muka bumi dan menyerupai jaringan sarang labah-labah. Di India pula, pokok ini dipanggil Punarnava dan ia terkenal dikalangan pengamal perubatan tradisional India iaitu ayurveda.
Jus (air perahan) dari tumbuhan ini dikatakan mempunyai pelbagai rasa iaitu manis, pahit, kelat dan sedikit pedas. Pengamal ayurveda menyatakan sifat herba ini sebagai ‘ringan’, ‘kering’ dan ‘panas’ dan kesemua bahagian tumbuhan ini digunakan di dalam penyediaan herba untuk perubatan.
Tumbuhan ini tumbuh meliar kerana penyebarannya melalui unggas. Biji benih bagi tumbuhan ini mempunyai cangkuk dan biasanya akan melekat pada badan sang unggas
KEGUNAAN
  • Makanan
Daunnya selalu dimasak sebagai sayur dalam hidangan makanan di kebanyakan tempat di India. Ia dipercayai untuk merawat dan melindungi penglihatan.
  • Perubatan untuk :-
  1. Kencing manis (diabetes) : ia mengandungi bahan diuratik dan digunakan untuk menurunkan gula dalam darah oleh penghidap kencing manis.
  2. Arthritis : membantu mengurangkan inflamasi dan sakit-sakit sendi.
  3. Masalah Penghadaman : Punarnava bertindak sebagai pembuka selera dan membantu bagi masalah sakit perut . Ia juga merawat masalah sembelit.
  4. Batuk : Melegakan batuk dan asma (lelah)
  5. Masalah Mati pucuk : Biji benih dari tumbuhan ini digunakan dalam penyediaan perubatan “Vajikarana “. Ia dikatakan boleh meningkatkan daya ketegangan zakar dan kualiti serta kuantiti air mani. Ia boleh meransangkan kelancaran sistem reproduksi bagi orang lelaki.
  6. Penyakit kulit : Ia sangat mujarab bagi penyakit kulit seperti penghidap ‘scabies’.
  7. Anaemia : Ia dicampurkan dengan daun herba yang lain untuk penyakit ini.
  8. Masalah ginjal : Ia bertindak sebagai duratik dan digunakan di dalam perubatan ayurveda bagi masalah batu karang, Cystis dan nephritis.
  9. Masalah Hati : Punarnava digunakan secara meluas bagi merawat hati dan pembuangan racun. Ia membantu penyakit jaundice (demam kuning) dan hepatitis. Di Brazil, ia digunakan dalam perubatan herbal bagi ‘mencuci’ atau merawat pundi hempedu dan kesemua penyakit yang berkaitan dengan hati.
  10. Menorrhagia
Nota : Pesakit yang mempunyai masalah jantung mesti mendapat nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum pengambilan herba ini sebagai perubatan.

Ginkgo (Ginkgo biloba) merupakan spesies tunggal dari salah satu divisio anggota tumbuhan berbiji terbuka yang pernah tersebar luas di dunia. Pada masa kini tumbuhan ini diketahui hanya tumbuh liar di Asia Timur Laut, namun telah tersebar luas di berbagai tempat beriklim sedang lainnya sebagai pohon penghias taman atau pekarangan. Bentuk tumbuhan modern ini tidak banyak berubah dari fosil-fosilnya yang ditemukan.
Pohon tahunan, tipe peluruh, dan dapat berumur ratusan tahun. Daun berbentuk kipas, tumbuh dari ujung batang/cabang. Urat-urat daun memanjang dari pangkal. Ia tidak berbunga dan berbuah karena merupakan tumbuhan berbiji terbuka. Biji terlindungi oleh selapis jaringan lunak yang dikenal sebagai salut biji.
Pemanfaatan
Biji ginkgo dapat dimakan dan diolah menjadi obat. Sejumlah produk makanan suplemen mengandung ekstrak biji ginkgo, karena dianggap berkhasiat mempertahankan daya ingat.

Sebahagian daripada pokok Durian Makkah ini digunakan sebagai perubatan tradisional oleh Orang asli. Daunnya yang dikatakan boleh membunuh semua jenis kutu dan buahnya pula digunakan untuk merawat sakit perut dan juga penyakit tekanan darah tinggi.

Tiada ulasan: