07 Ogos, 2011

Selawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga.

Dalam suatu riwayat, Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, “Malaikat Jibril, Mikhail, Israfil dan Izrail A.S, telah berkata kepadaku.


Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar”.

Berkata pula Mikail A.S. : “ Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu”.

Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu”.

Malaikat Izrail A.S pula berkata: “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi.”

Demikianlah kelebihan berselawat. Sesiapa yang rajin berselawat, Jibril akan menjadi pemandunya di titian sirat, mikail pula akan memberinya minum di mahsyar dan izrail akan mencabut nyawa dengan lembut.

Tiada ulasan: